Friday, December 7, 2007

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi

That is a famous Malay peribahasa (proverb) which, if translated literally into English, means: Depended on the fence, yet the fence ate the paddy. It is quite a strange proverb; when I was a small boy, I used to lived in a village wherein there were many paddy fields. Yet very, very few of them actually had any fencing.

This proverb is normally used when a person is relied upon and trusted to protect something, and yet he is the one who's destroying that object of protection. I thought of this proverb when I was reading about a father who raped and sodomised his own teenage daughter for several years until the long arm of the law caught up with him earlier this year. According to this article, he was given a 40-year jail sentence.

Imagine a sex maniac like him spending 40 years in jail without sex. That will be quite a torture, I'm sure. Hopefully, if he is an imaginative or creative person, then he will figure out some other means of relieving himself. But perhaps that would mean he is gonna be a threat to the other inmates? After all in a place like that, sex might not always be consensual amongst the parties. However, don't forget that maybe it won't be him having sex with others; rather, others forcing sex upon him. Yeah, that would be nice for a change.

But now I am thinking about the victim's mother. Where the hell has she been during those 3 years when her husband has been raping and sodomising their daughter 2 to 3 times a week in the living room? She must be a famous sleeper not to know all those while. Perhaps she should shoulder some of the responsibilities of what has happened to her daughter—say 20-year imprisonment is a good figure to consider? That should send a message to mothers not to close one eye when a lunatic sexually assaults her child.

15 comments:

Anonymous said...

bukan pagar la. mana ada pagar makan padi. yg btol nye. harapkan pegar,pegar mkn padi. pegar tu burung pegar

Anonymous said...

FA GA RA = PAGAR ( EJAAN JAWI LAMA )
FA ALIF GA RA = PAGAR ( EJAAN JAWI BAHARU)

BURUNG TERSEBUT ADALAH BERNAMA "PAGAR" PADA ZAMAN DAHULU.

PADA PANDANGAN PERIBADI SAYA. BURUNG TERSEBUT DIBERI NAMA "PAGAR" KERANA DAPAT MEMAGAR TANAMAN PADI DARIPADA DIGANGGU OLEH BURUNG YANG LAIN. MALANGNYA BURUNG TERSEBUT JUGA MAKAN PADI.

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA JILID 4 SUDAH MENUKAR BAHASA "PAGAR" KEPADA "PEGAR".

TERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA.

HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.

HUJAN TELAH REDA ( EJAAN LAMA )
KITA MESTILAH REDHA DENGAN KETENTUAN TUHAN ( EJAAN LAMA )

HUJAN TELAH REDA ( EJAAN BAHARU )
KITA MESTILAH REDA DENGAN KETENTUAN TUHAN ( EJAAN BAHARU )

"REDA" ADA DUA MAKSUD WALAUPUN EJAAN YANG SAMA.

SAMA JUGA DENGAN PERKATAAN "BATOK" YANG MEMILIKI DUA MAKSUD WALAUPUN MEMPUNYAI EJAAN YANG SAMA. ( EJAAN LAMA )

1. BATOK = SUARA YANG SAKIT ( EJAAN LAMA )
2. BATOK = GAYUNG TEMPURUNG KELAPA ( EJAAN LAMA )

EJAAN BAHARU:
BATUK = SUARA MANUSIA YANG SAKIT (EJAAN BAHARU ) EJAAN SUDAH BERUBAH
BATOK = GAYUNG TEMPURUNG KELAPA ( EJAAN BAHARU) MASIH KEKAL EJAANNYA

Cornelius said...

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya, dan terima kasih juga untuk komen mengenai PAGAR dan PEGAR. Sebenarnya saya sudah membalas komen yang pertama di atas, tetapi saya membalas dalam satu rencana berasingan. Kalau minat nak baca, klik di sini. Diharapkan teman jangan salah faham - saya bukan tidak sanggup terima (dengan hati terbuka) ejaan baru atau ejaan lama untuk nama burung. Kalau Dewan Bahasa dah tukar ejaan, maka tiadalah lagi yang nak dipertikaikan lagi.

Perkara pokok yang dipertikaikan di sini bukan soal ejaan nama burung, tetapi keseluruhan perumpamaan, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi". PADA PANDANGAN PERIBADI SAYA, tidak masuk akal kalau kita menaruh harapan ke atas haiwan yang memang sudah lumrahnya makan padi untuk menjaga tanaman padi; tidak masuk akal sekiranya kita mangamanahkan pencuri menjaga hartabenda kita, seakan-akan mengatakan secara tidak langsung bahawa orang Melayu dulu-dulu semuanya bodoh-bodoh belaka! Secara logiknya pihak yang kita bagi tanggungjawab itu sepatutnya pihak yang bukan lumrahnya akan membuat perkara yang tidak diingini itu.

Saya melihat perumpamaan Harapkan pagar, pagar makan padi bukan hanya secara langsung, tetapi secara keseluruhannya, iaitu dari segi kiasan bahasa.

Saya akur saya bukan pakar bahasa, malah saya bukan orang Melayu pun! Ini cuma pendapat saya saja, sebab saya menganggap penguasaan bahasa Melayu saya boleh tahan juga! Walaupun demikian, apabila saya tengah nak membalas komen teman, saya cari topik mengenai PAGAR dan PEGAR, dan mendapat rencana ini. Setidak-tidaknya, ada juga orang lain yang bersetuju dengan pendapat saya. Biarlah, lain kali kalau perlu nak gunakan perumpamaan ini lagi, saya akan kekal gunakan PAGAR, dan bukan PEGAR. Kalau dianggap salah, salah lah.

Anonymous said...

PERIBAHASA MELAYU SANGAT LUAS

PANTUN MELAYU

Selasih-selasih merak melayang, Burung pegar dalam padi; Minta kasih abang tak sayang, Baru tersedar dalam hati.

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka / Kurik Kundi Merah Saga

Cornelius said...

Haha!...saya kurang jelas apa sebab teman bersungguh-sungguh sangat nak bagi tau:

PAGAR = PEGAR = BURUNG

sebab saya tidak pun mempertikaikannya. Tak payahlah teman susah-susah nak bagi sumber maklumat mengenai ejaan lama atau ejaan baru nama burung. Yang saya mempertikaikan ialah pengunaan PEGAR dalam peribahasa, sebab pada pendapat saya orang bodoh saja yang sanggup mengamanahkan burung yang memang sudah lumrahnya memakan padi untuk mengawal tanaman padi.

Saya bagi hujah saya sekali lagi di sini, tapi agaknya teman bukan minat nak tau hujah saya - teman cuma nak saya setuju dengan pandapat teman, kan?

PAGAR, iaitu benda yang diperbuat dari tiang kayu atau kawat duri dan sebagainya memanglah pada hakikatnya tidak boleh makan. Tetapi orang dulu-dulu, bila buat peribahasa kadang-kadang menggunakan kiasan, iaitu suatu gambaran secara simbolik; iaitu PAGAR, benda yang dianggap tidak mungkin akan makan padi (sebab ianya bukanpun benda hidup). Tetapi akhirnya PAGAR makan padi (mana mungkin pagar boleh makan padi). Secara simbolik menggambarkan kita manaruh kepercayaan kepada orang yang dianggap tidak mungkin akan gagal dalam tanggungjawab mengawal atau menjalankan tugas yang telah diamanahkan, namun akhirnya dia sendiri yang merosakkan benda yang dikawal itu!

Takkanlah orang Melayu dulu-dulu bodoh sangat nak mengamanahkan haiwan yang memang sudah lumrahnya memakan padi untuk mengawal tanaman padi? Kalau 'gitu lebih baik tak payah kawal tanaman padi itu langsung, bagi saja burung pegar makan.

Berdasarkan penjelasan di atas, penggunaan perbahasa "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI" khusus kepada situasi dimana pihak yang diamanahkan mengawal itu mestilah dikalangan orang-orang yang dianggap sebagai "tidak mungkin" akan berkesudahan sebagai orang-orang yang akan merosakkan benda yang dikawal itu.

Misalnya, apabila kita mengamanahkan seorang anak menjalankan perniagaan ayahnya, dan dia akhirnya didapati menyelewang wang perniagaan ayahnya sehingga terpaksa gulung tikar, maka kita boleh katakan HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI!

Tetapi, apabila kita mengamanahkan seorang pencuri untuk mengawal hartabenda kita, dan dia akhirnya mencuri hartabenda kita, maka tidak sesuai kita katakan HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. Mungkin dalam contoh yang kedua ini, lebih sesuai kita gunakan HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI.

Saya sedar walaupun saya jelas panjang-lebar, cerita banyak-banyak, teman takkan sanggup baca sebab agaknya takut minda penat? Tapi tak payahlah bagi sumber dari Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana pun, sebab bukan mempertikaikan PAGAR = PEGAR = BURUNG.

Anonymous said...

Takkanlah orang Melayu dulu-dulu bodoh sangat nak mengamanahkan haiwan yang memang sudah lumrahnya memakan padi untuk mengawal tanaman padi? Kalau 'gitu lebih baik tak payah kawal tanaman padi itu langsung, bagi saja burung pegar makan.

Bagi pandangan peribadi saya:

ORANG MELAYU DAHULU TIDAK BODOH.

Beberapa ekor burung pegar yang makan padi lebih baik daripada 10 ekor burung lain yang makan padi. Padi akan lebih terjaga daripada kekurangan.

Anjing juga digunakan untuk memelihara kambing. Kadang-kadang anjing juga makan anak kambing.

Kucing dipelihara untuk memburu tikus di rumah. Kadang-kadang kucing juga mengganggu makanan di rumah.

Harimau, singa dan buaya digunakan untuk membuat persembahan sarkas tetapi kadang-kadang haiwan tersebut juga menyerang tuannya di sarkas.

Cornelius said...

Alahailah nasib... sampai sekarangpun teman tidak faham-faham hujah saya! Kalau teman sanggup suruh pegar jaga tanaman padi, suka hati temanlah, apa lagi yang saya boleh buat? Saya kurang arif pasal anjing makan anak kambing, jadi tak dapat nak komenlah.

Kucing memburu/memakan tikus di rumah, dan kadang-kadang mencuri makanan di atas meja makan juga. Tapi saya tidak akan suruh kucing jaga makanan di atas meja, sebab saya tiada keyakinan kucing akan dapat tahan nalurinya daripada memakan makanan itu sendiri. Secara lazimnya, kalau saya nak suruh sesiapapun menjaga hartabenda saya, saya akan cuba seberapa yang boleh pilih orang-orang yang kemungkinan besar tak akan merosakkan hartabenda yang dikawal itu. Maka saya tidak akan memilih pencuri, misalnya, untuk menjaga hartabenda saya. Ini bukan bermakna orang yang bukan pencuri tidak akan mencuri, tapi kalau saya terpaksa pilih, saya akan pilih yang bukan pencuri. Kalau teman nak juga pilih pencuri untuk menjaga hartabenda, itu terpulanglah kepada teman, apa lagi yang saya boleh buat?

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Pagar yang dimaksudkan itu bukan pagar dalam ertikata sebenarnya, iaitu tiang kayu dan kawat berduri. Sebaliknya secara simbolik menggambarkan orang-orang yang lazimnya boleh diharapkan untuk tugas menghalang pencerobohan. Perkataan PAGAR digunakan sebagai perumpamaan saja. Pengajaran yang ingin disampaikan oleh peribahasa orang dulu-dulu jauh lebih dalam dari pemahaman teman yang hanya melihat ayat secara langsung, justeru itu menolak perkataan PAGAR atas sebab ianya bukan benda hidup yang boleh makan padi.

Saya menghormati pandangan teman dan tidak memaksa teman bersetuju dengan pandapat saya. Kalau teman masih yakin "HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI", maka teruskan penggunaan peribahasa tersebut. Saya akan kekal menggunakan "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI". Kalau teman menganggap bahasa Melayu saya kurang tepat, maka tak dapatlah saya nak membantah, sebab itu hak teman menilai. Terima kasih kerana berkongsi pendapat.

Anonymous said...

PERIBAHASA MELAYU SANGAT LUAS

PANTUN MELAYU

Selasih-selasih merak melayang, Burung pegar dalam padi; Minta kasih abang tak sayang, Baru tersedar dalam hati.

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka / Kurik Kundi Merah Saga

Anonymous said...

Kucing memburu/memakan tikus di rumah, dan kadang-kadang mencuri makanan di atas meja makan juga. Tapi saya tidak akan suruh kucing jaga makanan di atas meja, sebab saya tiada keyakinan kucing akan dapat tahan nalurinya daripada memakan makanan itu sendiri. Secara lazimnya, kalau saya nak suruh sesiapapun menjaga hartabenda saya, saya akan cuba seberapa yang boleh pilih orang-orang yang kemungkinan besar tak akan merosakkan hartabenda yang dikawal itu. Maka saya tidak akan memilih pencuri, misalnya, untuk menjaga hartabenda saya. Ini bukan bermakna orang yang bukan pencuri tidak akan mencuri, tapi kalau saya terpaksa pilih, saya akan pilih yang bukan pencuri. Kalau teman nak juga pilih pencuri untuk menjaga hartabenda, itu terpulanglah kepada teman, apa lagi yang saya boleh buat?

Bagi pandangan peribadi saya:

Daripada ayat awak di atas awak akan memilih benda hidup dan bukannya benda mati (pagar) untuk menjaga harta awak.

Orang melayu membuat peribahasa sungguh hebat.

Harapkan pagar,pagar makan padi. ( Ejaan lama )

Cornelius said...

"Bagi pandangan peribadi saya:

Daripada ayat awak di atas awak akan memilih benda hidup dan bukannya benda mati (pagar) untuk menjaga harta awak."

Haha! Lawak!

Memang benar saya akan memilih benda hidup untuk menjaga harta saya. Tetapi bila saya bagi tau orang lain, mungkin juga saya akan gambarkan orang yang saya pilih itu sebagai "pagar", walaupun pagar dalam erti kata sebenarnya bukan benda hidup. Yang pasti, saya tak akan harapkan (burung) pegar jaga tanaman padi!

Orang Melayu dahulu memang biasa menggunakan perumpamaan bila bercakap. Orang macam teman takkan boleh faham cara pertuturan orang dulu-dulu, sebab pemikiran teman hanya macam "jalan sehala", iaitu tafsirannya cuma satu cara saja - takde cara lain.

Kalau saya kata saya "dah banyak makan garam", saya sebenarnya nak bagi tau saya banyak pengalaman, bukannya saya betul-betul makan banyak garam - nescaya akan dapat tekanan darah tinggi nanti! Kalau saya kata "senyum kambing", bukan bererti kambing yang senyum. Sebenarnya orang yang senyum, bukannya kambing - perumpamaan je. Kalau saya kata "Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga", maksud yang saya nak sampaikan sebenarnya bukan kisah pasal nila dan susu; sebenarnya saya nak gambarkan akibat perbuatan buruk seorang sahaja daripada sekumpulan orang-orang yang baik-baik, akhirnya akan mencemarkan nama baik keseluruhan kumpulan tersebut.

Walau bagaimanapun, kalau teman nak juga suruh pegar jaga tanaman padi, suka hati temanlah. Itu hak teman. Janji saya tak harapkan (burung) pegar jaga tanaman, saya dah puas hati.

Harapkan pagar, pagar makan padi ( Ejaan Lama )

Orang Melayu dahulu juga mungkin tidak menggunakan burung pagar untuk menjaga padi melainkan sebagai perumpamaan semata-mata.

Jika awak boleh menerima haiwan seperti (kambing) sebagai perumpamaan, adalah tidak mustahil orang melayu dahulu menggunakan burung pagar sebagai perumpamaan untuk menjaga padi.

" HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI"

Cornelius said...

"Jika awak boleh menerima haiwan seperti (kambing) sebagai perumpamaan, adalah tidak mustahil orang melayu dahulu menggunakan burung pagar sebagai perumpamaan untuk menjaga padi."

Hujah awak tidak boleh terima!!

Awak boleh terima perbandingan perumpamaan antara kambing dengan pegar sebab awak langsung tidak faham maksud peribahasa "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Pengajaran yang hendak disampaikan melalui peribahasa ini ialah kita menaruh kepercayaan kepada orang yang dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab dan beramanah; orang yang sepatutnya boleh dipercayai menjalankan amanah menjaga dan mengawal. Namun akhirnya orang yang dipercayai itu pula yang mengambil kesempatan keatas kepercayaan orang lain.

Kita menggunakan perumpamaan PAGAR sebab pagar memangpun digunakan sebagai benteng untuk menghalang pencerobohan. Itu memangpun fungsinya. Tidak hairan jika kita ada keyakinan pagar boleh menghalang pencerobohan.

Sebaliknya PEGAR ialah haiwan yang memangpun lumrahnya memakan padi. Kalau kita menaruh kepercayaan kepada pegar untuk menjaga tanaman padi, itu seakan-akan mengatakan kita percayakan pencuri menjaga hartabenda kita.

Hanya awak saja yang yakin (burung) pegar boleh jaga tanaman padi awak; dan apabila pegar akhirnya didapati memakan padi di bawah jagaannya itu, saya akan katakan "AWAK SENDIRI YANG CARI SUSAH" kepada awak, bukannya "HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI".

Cornelius said...

Oh ya, lagi satu perkara yang saya lupa...

Cara awak berdebat dan berhujah mirip betul cara anak buah saya berdebat! Malah kemungkinan juga awak ni memangpun anak buah saya (anak perempuan kakak saya)! Geli hati nak pikirkan!!

Anonymous said...

Pengajaran yang hendak disampaikan melalui peribahasa ini ialah kita menaruh kepercayaan kepada orang yang dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab dan beramanah; orang yang sepatutnya boleh dipercayai menjalankan amanah menjaga dan mengawal. Namun akhirnya orang yang dipercayai itu pula yang mengambil kesempatan keatas kepercayaan orang lain.

Kita menggunakan perumpamaan PAGAR sebab pagar memangpun digunakan sebagai benteng untuk menghalang pencerobohan. Itu memangpun fungsinya. Tidak hairan jika kita ada keyakinan pagar boleh menghalang pencerobohan.

Bagi pandangan peribadi saya:

TIDAK HAIRAN JUGA JIKA ORANG MELAYU LAMA MENGGUNAKAN BURUNG SEBAGAI PERUMPAMAAN BERBANDING BENDA MATI.

HARAPAN SEHARUSNYA KEPADA BENDA HIDUP DAN BUKANNYA BENDA MATI. SEMUA CONTOH LAIN YANG AWAK BERIKAN MENJURUS KEPADA BENDA HIDUP DAN BUKANNYA BENDA MATI.

Harapkan pagar, pagar makan padi ( Ejaan Lama )

Orang Melayu dahulu juga mungkin tidak menggunakan burung pagar untuk menjaga padi melainkan sebagai perumpamaan semata-mata.

Jika awak boleh menerima haiwan seperti (kambing) sebagai perumpamaan, adalah tidak mustahil orang melayu dahulu menggunakan burung pagar sebagai perumpamaan untuk menjaga padi.

" HARAPKAN PAGAR,PAGAR MAKAN PADI"

genieinabottle said...

I was just trying to find for a translation of "Harapkan pagar, pagar makan padi" into English, not direct translation but if there's a similar English proverb. Your post actually came up as one of the top finding in google, but all the debates in the comment are actually what caught my eye to read further. =) Anyway, any chance that you're working in Nestle??