Selama ini saya menganggap diri saya serba boleh dalam penguasaan Bahasa Malaysia. Dari segi penulisan and pertuturan memang tiada masalah langsung. Malah kadang-kadang ada kawan-kawan Melayu yang meminta pendapat saya tentang Bahasa Malaysia, samada dari segi nahu mahupun ejaan dan sebagainya.
Namun begitu, sejak saya meninggalkan bangku sekolah lebih 20 tahun yang lalu, Bahasa kebangsaan kita telah mengalami perubahan sedikit demi sedikit, dan kini nampaknya ianya sudah menjadi semakin sofistikated. Di antara perkembangan yang saya lihat termasuk dari segi peminjaman perkataan yang diubahsuai dari perkataan Bahasa Inggeris. Generasi masakini seakan-akan lebih suka menggunakan perkataan Bahasa Inggeris yang telah "diMelayukan". Misalnya penggunaan perkataan "pendebatan" (debate) dan bukan "perbahasan"; "adaptasi" dan bukan "penyesuaian"; "lipstik" dan bukan "gincu", dan sebagainya. Mungkin ramai yang menganggap penggunaan perkataan yang dipinjam dari Bahasa Inggeris itu menggambarkan suatu sophistication atau kecanggihan. Kalaupun tidak, sekurang-kurangnya Bahasa kebangsaan nampaknya sudah melalui proses pemodenan. Samada itu adalah sesuatu yang patut dibanggakan adalah persoalan lain.
Apa yang pasti, akibat daripada penerapan perkataan-perkataan Inggeris kedalam Bahasa Malaysia, ianya umpama menganak-tirikan Bahasa kebangsaan kita. Akhir-akhir ini, saya tidak lagi berani mengatakan yang saya ni arif dalam Bahasa Malaysia.
Malam semalam, ketika anak saya membuat kerja rumah, saya dapati di antara perkataan-perkataan Melayu yang disalin dari papanhitam di sekolah ialah "BEKERJA". Selepas menyiapkan kerja rumah, isteri saya mula memberi anak saya latihan ejaan. Apabila disuruh mengeja perkataan "BEKERJA", anak saya menulis "BERKERJA". Setelah beberapa kali diberitahu akan kesilapannya, anak saya tetap juga menulis "BERKERJA".
Soalnya sekarang, mana yang betul, BEKERJA atau BERKERJA?

Bagi mereka yang arif dalam Bahasa Malaysia, pastinya biasa dengan penggunaan imbuhan "BER". Lazimnya imbuhan "BER" mendahului kata perbuatan; misalnya, berjalan, berteriak, bercakap, bersalam dan sebagainya. Maka KERJA juga sepatutnya didahului dengan imbuhan "BER", yakni BERKERJA.
Tetapi sebaliknya BEKERJA (tanpa "r" sebelum "K") lebih tepat. Oleh kerana dalam sukukata pertama perkataan KERJA mengandungi "er", make huruf "r" dari "BER" digugurkan. Ini boleh dianggap sebagai satu pengecualian dari penggunaan biasa imbuhan "BER". Pengguguran "r" juga dilakukan apabila kata perbuatan bermula dengan huruf "r". Maka "BEREHAT" dan bukan "BERREHAT"; "BEREBUT" dan bukan "BERREBUT" dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment